bila bercakap tentang impian ni
kadang2 rasa konfius sama ada ianya (impian) tu
hanya mimpi mainan tidur atau diri yang sekadar berfantasi
berfantasi tentang sesuatu yg tidak pasti
kemudian bermimpi di siang hari
sambil berfikir adakah ianya akan menjadi satu realiti
memang kusut kepala apabila memikirkan persoalan2 ini
mampukah diri ini membezakan yang mana satu mimpi
yang mana satu fantasi dan juga dunia realiti??
sungguh berat rasa hati
alangkah bagus ape yang kita mimpikan
dan juga fantasikan di dunia khayalan kita menjadi suatu realiti
sungguh indah dunia di kala itu
tetapi alangkah sedihnya bila memikirkan
mimpi x kan pernah menjadi realiti
dan fantasi itu hanya untuk menjadi penghibur hati
impian hanya tinggal impian
fantasi hanya sebuah fantasi
mimpi hanya mainan tidur
dan realiti akan tetap terjadi
adakah mimpi untuk memilikimu hanya akan tinggal mimpi?
sesungguhnya realiti tidak berpihak kepada ku buat masa ini
mimpi, fantasi dan realiti tidak akan pernah menjadi sehati dan sejiwa
p/s:
untuk mimpi yg tak mungkin menjadi realiti...
Allah sahaja yang tahu...yg tersirat dan tersurat.....
berdoalah untuk yang terbaik...insyaAllah....


0 comments:
Post a Comment