Ahlan wasahlan...





"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."





.



Sunday, October 2, 2011

Convocation ..







Convocation... atau bahasa melayunya ,Konvokesyen ... ini adalah saat seluruh mahasiswa dan siswi meraikan kejaan menggengam segulung ijazah setelah hempa pulas belajar, assignment,menduduki exam , hadir ke kelas tak kira malam, siang, awal pagi, senja, berhujandan berpanas.. akhirnya dikumpulkan dalam satu majlis untuk mengurniakan penganugerahan yang begitu bermakna dalam hidup pelajar...

Aku, subjek untuk diri sendiri, telah konvokesyen pada tahun 2007 yang telah lama berlalu. namun kenangan itu yang paling bermakna... namun kini, 2011, ak msih belajar untuk ijazah kedua ku..insyaAllah...

apa yang ingin ku luahkan disini, keadaan semasa majlis konvokesyen ini berlangsung. riak muka pelajar masing2 ceria, gembira, tiada langsung rasa sedih atau berduka. sememangnya kita harus bergembira di saat ini ..kejayaan diri sendiri.. namun itu adalah keadaan pelajar itu sndiri. pernahkah terfikir kedaan keluarga mereka. latar belakang keluarga mereka, asal usulnya mereka. masing-masing ada yang datang dari bandar2 besar yang digelar Bandar Metropolitan, ada juga yang datang dari bandar atau pekan2 kecil, dan ada juga yang datang dari kampung-kampung pedalaman....

Pernah kita fikirkan dalam diri ibu bapa mereka? apa yang ingin ku huraikan adalah dari pemerhatianku sepanjang majlis konvokesyen ini..

Jika dilihat, keluarga yang datang ini, dari pelbagai lapisan, ada yang dari keluarga kaya, ibu bapa berpangkat dato' datin, dan ada yang datang dari ibu bapa mereka hanya bekerja kampung sahaja.

si ayah berpakaian segak, baju batik@long suit@berbaju melayu kemas beserta kasut hitam berkilat didampingi pulak dengan si ibu yang bertudung manik bersinar2, berbaju batik, bersongket, dihiasi pula dengan barang2 kemas bergemerlapan.. berkereta jenama, pastinya kita lihat mereka, datang dari keluarga yang berkemampuan. kebanyakan mereka ini hanya datang berdua , kerana mereka tahu, kad jemputan hanya untuk 2 orang sahaja. jadi mengapa perlu datang beramai2. si anak diberi jamangan bunga yang segar2 berserta anak patung yang besar. yang pastinya harga puluhan ringgit... datang meraikan kejayaan anak mereka.

menginap di hotel atau chalet2 ditepi pantai, masih sempat meluangkan masa membeli belah untuk dijadikan ole2 dibawa pulang. kita melihat keluarga ini, mereka sangat berkemampuan. alhamdulillah..itu rezeki mereka. Allah sudah takdirkan mereka berkemampuan untuk berbelanja.

tapi, bagaimana pula jika mereka ini, asalnya dari kawasan kampung atau dr keluarga peringkat bawahan, bila hanya seorang dari anak mereka bergraduan, yang datangnya, sangat ramai, bukan sahaja adik beradik sahaja, malah termasuk dengan makcik dan pakcik beserta keluarga masing-masing. yg bergraduan seorang, yang mengiringi hampir 2-3 buah kereta. masing2 datang bersama-sama untuk meraikan kejayaan ahli keluarga mereka.

bila ditanya, mereka datang dari jauh, sanggup duduk berpanas menunggu majlis tamat, sambil melihat anak sedara mereka menerima ijazah. katanya, inilah pertama kali mereka hadir ke majlis sebegini. bukan senang nak masuk universiti. bila dah berjaya, mereka sama2 datang meraikannya. kerana, salah seorang dari ahli keluarga mereka telah berjaya. kebanggan mereka terserlah. alhamdulillah, ada jugak ahli keluarga yang berkelulusan ijazah. itu kata mereka.

ada juga yang hadir cuma ibu ayah serta adik sahaja. yang lain terpaksa ditinggalkan. ada dari mereka ini yang terpaksa menyewa kereta, semata-mata untuk datang meraikan kejayaan anak mereka. jika mereka datang dari jauh, bertolaknya malam, tiba pagi2, dan terus menuju ke majlis, selesai majlis, terus pulang pada hari yang sama juga. kerana, kereta disewa, duit untuk makan dan minum beserta penginapan, tidaklah mampu. makanan siangnya, juga dimasak dr rumah untuk dibawa sebagai bekalan.

mereka ini, hanya hadir berpakaian t-shirt atau ada yang berkemeja lusuh dan hanya berselipar sahaja. kata mereka, inilah kebanggan mereka, walaupun hanya bekerja kampung, berselut, berlumpur, tapi, anak mereka juga berjaya. satu kampung pasti tahu. anak mereka bergraduat ijazah dari univerisiti. mengalir air mata mereka. menangis gembira kerana mereka tahu, latar belakang bukalnlah penghalang, dengan harapan anak inilah yang akan mengubah nasib keluarga mereka.

walau bagaimana sekalipun latar belakang mereka ini, dati hati mereka tetap ada sesuatu. iaitu kebanggaan..bangga dengan kejayaan anak mereka. tak kisahlh pada kelas berapa sekalipun, yang pasti mereka berjaya dan bergraduat. ini semua sudah ckup buat mereka. mereka tahu, mereka telah memberi pendidikan yang sempurna. tidak kisahlah melalui pendidikan dari luar atau dalam. kedua-duanya juga membuahkan hasil... Tahniah dan Alhamdulillah..

kita seharusnya bersyukur, kerana ibu bapa kita sangat mementingkan pendidikan, dan masih berkemampuan untuk memberikan pendidikan yang terbaik. jika hendak dibandingkan dengan dengan keluarga yang tidak mementingkan pendidikan. Kewangan cukup, tapi,, tidak pandai untuk mendidik anak mereka. hanya tahu, memberi wang jika diminta.

dan ada juga dari keluarga yang tidak mampu memberikan apa2 untuk anak2 mereka, walaupun pendidikan sekalipun. kerana tidak mampu untuk membeli pkaiaan sekolah, buku2, yuiran sekolah sekalipun... bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi...

beradanya kita di universiti, adalah untuk menuntut ilmu. tuntut lah ilmu sebaiknya dan gunakan sebaik-baiknya. kerana perkarta sebegini bukan mudah untuk kita perolehi..

Syukur...syukur...syukur ya Allah.... Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah....

congratulation my frens
Msc Mathematic UMT 2011


Hope Next Year will be my turn..



0 comments:

Click on the page