Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri
masing-masing sibuk dengan persiapan raya
serta pulang ke kampung masing2
Kini, masa kian berlalu pergi..
bak kata, zaman semakin berubah
banyak kenangan yang ditinggalkan...
Jika zaman ku dulu..kanak2 80an..
bila tiba hari raya, kad raya pasti dikirimkan buat teman-teman
yang jauh, yang dekat sekalipun yang berada di depan mata pun
pasti akan menerima kad raya
tapi, ia hanyalah kenangan dahulu
jika masih menyimpan kad2 raya yg dahulu
pastinya akan menjadi kenangan yg begitu berharga buat kita
dulu, sanggup berhabis duit semata membeli kad
kad2 kartun, kad2 ada lagu raya, pelbagai saiz juga
mahal murah, semuanya ada
kerana kini,teknologi semakin canggih
kad-kad raya semakin dilupakan..
jika dulu, setiap tahun pasti ada kad raya yg dijual
bercorak baru, tapi kini, semuanya kad2 lama yang recycle
kemudian dijual semula....
kemudian bertukar zaman.. zaman handphone
ucapan raya hanya melalui SMS..sepanjang 2hari raya
telekomunikasi byk terjejas...kerana beratus juta penduduk
di seluruh dunia menggunakannya..
kemudian zaman bertukar lagi ..
kini, hanya berada di depan komputer atau smartphone atau ipad
berada di depan kita, design kad sndiri, post dan tagged semua kawan2
facebook, twitter semua ada.. kalau malas, kad digital juga telah tersedia ada
mudahkan sekarang???
Tapi... bagiku.. kad raya, sangatlah nostalgia, kenangan...
lenguh2 tgn menulis ayat2 dalam kad...
"raya di mana??" "Baju raya byk mana??" "buat kuih apa??"
"jgn lupa dtg beraya di rumah.." ...
itulah yg sering ditulis, penuh satu muka kad raya...
indahkan dulu?? seperti meluahkan rasa rindu pada teman2 kita..
walau hakikatnya, teman tu hanya duduk di tepi kita je pun..
tapi, ayat2 seperti ayat perbualan..
itu hanya dulu...kenangan yg indah zaman kanak2 ku...
maka, di penghujung kad pasti ada pantun yang terukir buat si pembaca...
Masih ingat dengan pantun2 ini??
Pecah kaca pecah Gelas
Sudah baca harap balas
Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung
Pecah kaca pecah wang
Sudah baca jangan buang
Pecah kaca pecah sampan
Sudah baca harap simpan
semua itu sudah berlalu.. teknologi semakin canggih
tapi.. ingatlah..yang dulu itu lebih bermakna..lebih indah..
yang sangat meninggalkan kesan..


0 comments:
Post a Comment