Harini 22 Ramadhan, bermakna sudah 22 hari kita berpuasa, hanya tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari kemenangan kita, Hari Raya Aidilfitri. Masing-masing sibuk dengan persiapan raya, masing-masing sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Tapi aku masih disini , menjadi penghuni yang tidak bergaji di univerisiti.
22 hari berlalu dengan hati ku yang tenang. Alhamdulillah, aku rasakan Ramadhan yang terbaik untukku. Mungkinkah Ramadhan ku yang terakhir?? Allah lebih mengetahuinya.
Untuk kalini, ku hanya update apa hidangan ku dari puasa ke 15 hingga puasa ke-21. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan padaku. Kenikmatan ku berpuasa itu yang kuinginkan...
Hari ke-15
Hari ke -16
Roti Tortilla bersama Sosej,Chicken ball, vegie ball
semuanya direbus, beserta salad..(simple but sedap)
Air: Oren Panas
Hari ke-17
Hari ke-18
Hari ke 18, kelab SISMAT (Siswazah Matematik ) mengadakan majlis berbuka puasa bersama Anak yatim Darul Hilmi, Seberang Takir. so, berbuka di kampus bersama-sama anak2 yatim, pensyarah dan rakan-rakan...
Hari ke-19
Berbuka puasa di luar, Sebelum tu, pergi main Tennis dengan kawan2, so, bila dah time berbuka, berbuka di Kedai Makan Hot-Hot..
Hari ke-20
Hari sabtu, aku bersama kawan ke bandar untuk membeli bahan buat biskut, jadi kami hanya beli juiadah berbuka di Bazar Syahbandar dan berbuka di rumah sahaja.. Ini kali Kedua aku menjejakkan kaki ke bazar sepanjang bulan Ramadhan ni....
Hari ke -21
Roti Gardenia bersama Rendang Tok
Nugget Bakar
(Rendang tok mmg best.. kne belajar buat ni..)
Air: Oren dan Air Suam
Alhamdulillah dengan rezeki Allah beri. Walaupun simple je makanan ku berbuka, tapi hakikatnya, sangatlah kenyang..
InsyaAllah, Ramadhan kalini, aku akan khatam Quran sekali lagi...
Ya Allah,
sesungguhnya kau berkuasa ke atasku..
berikanlah kekuatan untukku
mengabiskan puasa ini dengan baik....
Ameen....





0 comments:
Post a Comment