Ahlan wasahlan...





"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."





.



Wednesday, August 3, 2011

Monolog :Peringatan untuk kita semua

...........................

Orang yang berpuasa juga diberikan janji oleh Allah Ta'ala bahawa ia akan dapat bertemu dengan Allah sebagai balasa pahala puasanya itu. Dalam hal ini RasuluLlah bersabda:

"Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan; pertama ialah ketika ia berbuka dan yang kedua ialah ketika di abertemu dengan Tuhannya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

..................................

telah diriwayatkan kegembiraan yang diberikan oleh Allah itu, semasa berbuka puasa serta ketika bertemu Tuhannya.apa yang dikatakan disini keadaan semasa berbuka.

kita semua sudah sedia maklum, setelah seharian berpuasa (12 jam je pun..) pastinya bila nak berbuka, bermacam difikiran. hendak berbuka dengan apa, makanan apa yg teringin harini. nanti pergi bazar, nak beli itu ini..tapi bila dah sampai sana, macam2 juadah yang dibeli, tak cukup dgn 2 jenis ditambahnya dengan 4-5 jenis juadah.( untuk seorang makan..) ini semua kerana nafsu makan semasa kita dalam keadaan lapar, perut kosong.

Bazar Ramadhan, seharusnya sangat istimewa, hanya setahun sekali, dan dibuka selama 30 hari sahaja. ( seperti Mega Sale yang hanya ada limit time).. dan makanan yang susah nak jumpa, time ginilah kita nak jumpa. tak terkira pelbagai juadah istimewa. apa sebenarnya yang istimewa itu?? sebenarnya kerana ia hanyalah di Bulan Ramadhan. . itu sahaja.

Semasa Bulan Ramadhan, semua juadah menjadi sangat istimewa, walaupun sekadar Murtabak?? Ayam Percik?? Air Tebu?? dan pelbagai lagi...semuanya sangatlah istimewa. keinginan untuk makan lebih tinggi. itu teringin, ini teringin.. tapi mengapa bila di hari2 biasa.. kurang keinginan itu??? anda fikirkanlah sendiri...

.............

"Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah disediakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amalsoleh yang mereka telah kerjakan." (Surah As-Sajadah:17)

Para 'alim ulama' mengatakan bahawa mereka itu adalah orang-orang yang mengamalkan puasa. Keterangan sedemikian ini didasarkan dari firman Allah yang lain, sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran yang ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala puasa mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

................................

Apa yang hendak ditekankan disini... Sedang kita berbuka dengan pelbagai juadah terhidang , pastinya semuanya lazat-lazat belaka..(alhamdulillah)..tapi pernahkah terfikir, bagaimana pula dengan mereka yang hanya berbuka dengan air kosong, nasi dengan garam sahaja (itupun dh kira cukup baik ada nasi..), ada yang hanya berbuka dengan roti kering, atau yang hanya berbuka dengan air paip semata-mata?? berapa ramai yang berfikiran sebegitu semasa berbuka?? kerana itu hanya yang mereka termampu.. sedangkan mereka juga berpuasa seperti kita. mereka juga wajib berpuasa seperti kita ( yg sihat dan diwajibkan berpuasa)... tapi mereka tidak mampu untuk berbuka dengan juadah yg hebat-hebat..

Jadi, semasa membeli juadah atau berbuka, berbukalah sekadarnya. Janganlah terlalu mengikut nafsu makan nafsu membeli, kerugian pada diri sendiri. kita masih ada 28 hari lagi untuk makan (jika panjang umur kita)..Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri. Syukur dengan apa yang ada dihadapan kita, syukur kerana Allah memberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan Rukun Islam yg ke3 ini.. Makan sekadar untuk isi perut. Berhenti sebelum kenyang.. jangan dilupakan dengan solat terawih selepas berbuka itu.. Terlebih makan, yang membuatkan kita malas untuk solat terawih..

..................

"Puasa itu separuh dari kesabaran." (Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah)

Allahu Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar:10)

................

Pesanan ini, untuk diri sendiri dan untuk teman-teman yang ku sayangi.. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah.

SELAMAT BERBUKA PUASA

DAN

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA YANG MASIH BERBAKI LAGI...

LALUINYA DENGAN SEBAIK MUNGKIN....

JADIKAN INI RAMADHAN TERAKHIR KITA... (SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI HIDUP DAN MATI KITA)

Salam Ramadhan

0 comments:

Click on the page