Harini 8 Ramadhan..dah 8 hari kita berpuasa...Alhamdulillah , kita masih hidup..semoga kita dipanjangkan umur untuk meneruskan puasa disepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini..
So, sepanjang aku berpuasa ni, aku tak balik KL... tidak berpuasa dan berbuka bersama keluarga. maka, aku keseorangan di perantauan ini. menjalani liku-liku hidup sebagai seorang pelajar. yang terlalu byk mengajar aku berdikari. Alhamdulillah... mmg sgt mengajar aku untuk hidup sendiri, menyediakan makanan bersahur dan berbuka juga sendiri... Alhamdulilllah, pengalaman yang amat bermakna buatku.. aku akan pulang di Aidilfitri nanti. InsyaAllah.
Bila hidup berseorangan ini, sememangnya aku hanya bersahur dan berbuka dengan apa yang ada sahaja. Makanan utama ku adalah ROTI..segalanya ROTI. sudah hampir sebulan rasanya ku tak makan nasi. Bukan taknak, tapi, bila makan nasi, rasa tak knyang. sekejap je pasti akan lapar semula.
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kesihatan yang baik buatku. sepanjang 7 hari puasa ini, aku masih tetap berpantang terhadap makanan yg boleh menyebabkan aku batuk. kerana batuk adalah perkara yang paling ku takuti..sepanjang 7 hari ini juga, belum sekali pun ku jejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Bukan taknak pergi, tapi takut mata jadi rambang, semua nak makan. tapi akhirnya membazir. sudahlah ku tinggal sorang. So ak masak or sediakan stok makanan dalam rumah. so, inilah apa yang aku makan sepanjang 7 hari aku berpuasa ini.
Nugget Bakar+Salad+BBQ Sauce+Chilli Sauce+Black Pepper
Air:
Oren Sejuk
(lepas berbuka terus rasa sakit tekak)
Air:
Oren Sejuk
(lepas berbuka terus rasa sakit tekak)
Hari Kedua:
Tuna Ikan Pedas+Salad+Chilli Sauce+Black Pepper
Air:
Teh O Panas+ Air Oren hawa2 sejuk
Desserts(appetizer):
Karipap Daging+Kurma
Hari Ketiga:
Carrot+Tomato+Bunga Kobis+Kobis+Chicken Ball+ Vegie Ball+Sohoon
(sempat masak sup, sbb balik awal, tak pergi jogging)
Air:
Air Oren Hawa2 Sejuk + Air Suam
Dessert(appetizer):
Kurma
Hari Keempat:
Roti Berisi :
Sosej Ayam+salad+Chilli Sauce+Black Pepper
Air:
Teh O Panas
Desserts(appetizer):
Karipap Daging+ Kurma+ Puding Jagung
(Puding jagung buat sendiri sebab teringin sgt nk mkn)
Hari Kelima:
Roti Tortilla berisi:
Tomato+salad+nugget bakar+ayam bakar
(itulah gunenye ayam bakar)
Air:
Oren (hawa2 sejuk)
Dessert(appetizer):
Kurma
Hari Keenam:
Tomyam Sayur Pedas:
Semua sayur masuk je...
Air:
Red Tea (Lipton)+Teh O Panas
Desserts (appetizer):
Kurma+ Apple Pancakes (homemade)
Hari Ketujuh:
Roti Tortilla dibakar
Kuah Spagetti (prego) dimasak kering dicampur dengan
Sosej ayam+ daging ayam kisar+ Serbuk cili (bagi pedas)
Mixed Salad
Air:
Red Tea (Lipton)+ Teh O Panas
Itulah makanan untuk aku berbuka selama 7 hari. Harini, belum pasti lagi, mungkin berbuka di rumah kawan, (masak kat rumah dia) atau berbuka sorang dirumah lagi... Sihat kan makanan ku..Sihatlah sangat..sebab itu pun dh cukup kenyang..
Lepas berbuka, rehat sebenatar, kemudian solat maghrib , mengaji Alquransampai masuk waktu isya' solat isya' dan teruskan dengan solat terawih.. cuma solat sendirian dirumah, memandangkan aku sorang perempuan, nak pergi ke masjid jauh ( masjid belakang rumah, tpi nk msuk ke masjid, kna pusing jalan pling jauh...)..jadi aku cuma solat bersendirian di rumah, insyaAllah, akan solat jemaah bila ada peluang berbuka bersama kawan2.
Sebab makan roti sandwsh seperti ini, sebabnya, setiap petang, jika aku masih berkemampuan, tidak penat, aku akan ke Kompleks Sukan UMT, untuk jogging, sihatkan badan sambil keluarkan peluh..alhamdulillah, terasa sihat bila pergi beriadah. Puasa tidak pernah menghalang kita melakukan aktiviti kan...
Untuk Sahur..Lebih kurang sama sahaja dengan berbuka. apa sahaja yg ada di dapur. Oh, berbuka dengan RED TEA Lipton tu..aku beli satu botol kecil tu, tahan sampai 3-4 hari. kerana aku bukan jenis minum air botol sangat.. lebih2 bulan puasa ni.. sekadar menghilangkan rasa keinginan berbuka dengan air selain air teh o panas.
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah berikan padaku.. aku masih sihat, dan mampu berpuasa sehingga ke saat ini..Alhamdulillah... Semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik sehingga ke penghujung Ramadhan agar aku bisa beribadat padaMu ...
Itulah sahaja buat masa ini, Mungkin akan update untuk makanan ku berbuka, seminggu akan datang lagi... insyaAllah..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Semoga Allah memberi seribu keberkatan pada kita
Semoga kita menjadi Orang yang bertaqwa...
Pesanan ringkas dariku, jangan makan terlalu byk semasa berbuka, ia boleh menyebabkan kita akan berasa malas untuk bersolat terawih..ingtalah ini adalah Bulan paling mulia. Gunakanlah sebaiknya...
^^,


0 comments:
Post a Comment