Ahlan wasahlan...





"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."





.



Monday, August 15, 2011

Berbuka bersama Teman-teman ..satu Memori

Harini 15 Ramadhan... sudah 15 hari kita berpuasa, alhamdulillah, kita masih panjang umur ke saat ini.. semoga Allah panjangkan umur kita hingga ke akhir Ramadhan ini... Lagu raya sudah berkumandang di corong-corong radio, tapi aku masih belum ada semangat untuk beraya. mungkin terlalu banyak kerja yg masih bertimbun, yg perlu disiapkan. sebelum pulang beraya... Semoga Allah permudahkannya..

Entry sebelum ni, berkenaan berpuasa seorang diri. Alhamdulillah, di minggu yg kedua, berbuka bersama teman-teman. pengalaman ini indah. memori bersama teman-teman. bergurau senda.. semasa itulah perangai kebudak-budakan terserlah masing2.. kalini berkenaan menu berbuka puasa dari hari ke8-ke14... alhamdulillah..ak beraya knyang sentiasa.. itulah nikmat orang yg berpuasa...

Hari ke-8




Homemade:Tom Yam Putih (pedas)
Air: Air Kosong + Green Tea
Appertizer: Cucur Roti+ cili sos


Hari ke-9


Roti berisi: Serunding+salad
Air: Teh o Panas


Hari ke-10




Roti berisi: Nugget+Salad
Air: Teh O Limau Panas



Hari ke-11
hari ke sebelas, aku berbuka puasa dirumah salah sorang kawan, atas jemputannya. kami masak jugak. Masak berdua, kmudian dibantu oleh beberapa yg lain.. (Malam tu, ak tido kepenatan...)..but happy coz, berjalan lancar. jemputan yg hadir 10 orang..


Kerabu Kacang
(maaflah tawar cikit, biaselah pose)


Ayam percik (resepi kawan)


Makan dalam dulang beramai2..
dah lama tak buat gini..
makan gini, terpaksalah hbiskan nasi yg dh diletakkan..
Alhamdulillah..knyang...

Potluck:
Sup sayur wantan

Air:
Teh O Panas
F&N Hijau + buah Cocktail

Desserts:
Buah Epal
Onde-onde melaka
Bengkang
Puding


Hari ke-12
Hari ke 12, aku berbuka bersama teman2 (all Math's Gurls). berbuka di rumah kawan, boleh dikatakan 100% masak sendiri. hasil air tangan kami semua, berganding bahu, masak itu ini..Alhamdulillah. semua knyang.. Jemputan seramai 15 orang, kemudian diteruskan dengan solat isya' n terawih berjemaah.. berimamkan perempuan jugak.. Alhamdulillah..


Menu Utama:
Nasi Putih,
Asam Pedas Ikan kembung, Asam Pedas Tempoyak
Ayam Goreng+Daging Black Pepper +bergedil
Sambal Tempe ikan bilis,sayur sawi,ulam2,
kerabu kacang, kerabu taugeh,
sambal belacan, sambal tempoyak

Desserts:
Onde2 Melaka
Brownies Choc
Kek Batik
Kuih Cara Gula
Sagu Gula Melaka
Puding

Air:
Bandung
Teh O Panas
Teh Bunga



Hari ke-13
Berbuka dirumah kawan jugak..sepatutnya potluck..tapi dibatalkan.jadi masak dirumah kawan juga.Alhamdulillah..makan seramai 7 orang. knyang yg terlebih2 kenyang. kali ini jugak, 100% masak sendiri. tu yang makin sedapnya bila semua sama2 berganding bahu masak itu ini.. meriahnya suasana.. Alhamdulillah jugak dibulan yg baik ini. Ramai plak yg menghulurkan bantuan kewangan. jadi semua menu, disponsor oleh teman2. kami beli dan masak sahaja.. semoga dimurahkan rezeki selalu...ameen



Menu:
Nasi Putih
Ikan Siakap Bakar+Ikan Merah Bakar+Sotong Bakar
sayur campur,ulam2

desserts:
Kuih Pelita (buat sendiri pun sedap)
Brownies (baki semlm punye)

Air:
Teh O panas
Air Oren sejuk


Hari ke -14
Hari ke 14, kami berbuka kat Dataran Syahbandar. ni 1st time aku jejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Sebelum ni, hanya masak sahaja. so, for me, tak best, sebab, orang yg terlampau ramai. nak makan apepun tak tau. sebab tak terasa teringin apa2 pun.. Kami beli makanan kat bazar Ramadhan , kemudian berkelah di tepi tu, di atas rumput. Ramai orang berbuka disitu, berkelah bersama keluarga. tapi kami hanya makan kuih2 sahaja. sebab itulah menu kami. hanya makan makanan yang ringan2 sahaja. Beli dan berkongsi beramai2.



Menu:
Roti John
Roti Oblong
Popia Basah
Karipap
cucur cempedak

Air:
Air kosong sahaja

.......................
Alhamdulillah..selesai sudah 14 Ramadhan. sudah berlalu separuh bulan Ramadhan. masih adalagi separuh bulan lagi..tapi aku masih belum puas lagi berpuasa di bulan Ramadhan.. rasa masa sangat cepat berlalu.. semangat raya belum lagi muncul...

Aku harap, aku dapat lalui Ramadhan ini dengan sempurna. kerana mungkin ini Ramadhanku yang terakhir?? Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahuinya...

0 comments:

Click on the page