Ahlan wasahlan...





"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

"Ketika kekuatan cinta itu datang, apapun penghalang semua akan dilalui, sekalipun mengorbankan nyawa"

"Cinta tanpa kasih tiada ertinya namun cinta tanpa pengorbanan tiada gunanya"







.



Friday, October 30, 2009

I Hate.....

Saat dan ketika ini,mmg ak terasa sangat benci pada apa yg ak alaminya sekarang..benci pada perasaan yg ada dlm diri ak sekarang..rasa nak marah ..rasa nk humban semua benda depan ak.. tapi memikirkan depanku ini semua barang berharga yg ak beli dr titik peluh ku sndiri, ak rasa sayang sgt..

nak kata ak berduka..bersedih..marah..entahlah..yang pasti semua tu ada dalam diri ak sekrang.. ak tak tahu pada semua yang ak marah..sebab apa ak berduka .. apa puncanya ak bersedih.. yang pasti... ak benci dengan keadaan sekarang...

ketika ku berduka..marah..ak tak perlukan sesiapa untuk memberi nasihat.. ak cuma memerlukan seseorang untuk duduk di sebelahku.. hanya untuk menemaniku... tidak perlulah untuk berbual dengan ku, memberi kata semangat padaku, memberi kata nasihat.. ak rasa dengan kata-kata tu mungkin boleh menyebabkan ak lagi terasa bebanan yg lagi besar. ak hanya perlukan sesorang sekdar untuk menemaniku... sehingga ak bertenang kembali....

jika ak ingin meluahkannya,..jgnlah memberi balasan apa2..dengar sahaja ..kerana ak tidak ingin sebarang pendapat.. kerana itu..jika tidak berteman..ak lebih suka bersendirian.. untuk seketika.. kerana ak amat rimas dengan "sokongan-sokongan moral" yang diberikan (hanya ketika ak sedang marah dgn tahap max)..walaupun ak tahu.. kamu ingin membantu ku... maaf dariku...


mungkin dengan DIAM..memberi seribu petunjuk kepadaku.....

Friday, October 16, 2009

Boleh ke Melamar Dia....??

Dalam adat MELAYU,
Lamaran dibuat oleh pihak lelaki...
dengan ayat
"Sudikah kamu menjadi Isteri saya??"
mungkin ayat yg biasa digunakan...

Apa pula pandangan orang,
Andai Lamaran itu oleh pihak Perempuan??
dengan ayat...
"Sudikan awak menjadi Suami saya??"

mesti pelikkan???
Kalaulah diri ini, cakap gitu???
[BERANI ker??? =)..]

mesti orang2 lama kata...
"Aih, anak dara melamar anak teruna,
dah terdesak sangat lah tu"...

Adakah ini mesti dilalui???

Anak-anak sekrang mmg dah moden,
tapi, bukan semua orang-orang lama
MODEN semuanya...

terfikir jugak... apelah kata mak ayah ak nanti..
ape pulak ayat diorg nanti???
[tergelak seorang diri kalau fikirkannya...]


* entry ini takde kaitan dengan sesiapa,
hanya suka2 nak tulis.. sebab terfikir,
andai ini terjadi..... (^,^)

Andai diriku dilamar orang..

Dah lama rasanya ak tak tulis entry yg menguji fikiran ku, sering kali hanya apa yang terpendam dlm hatiku. tapi kali ini, tergerak hati ini untuk bercerita tentang sesuatu. idea ni pun dtg dari seorang blog teman... yg sering ak panggil dirinya Ustaz... tajuknya "Jika Dilamar".

* maaf ustaz, sye copy paste je dr blog ustaz =)

Nabi saw bersabda:

إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (Hr Ibnu Majah)


pernah jugak ak terfikir andai seseorang melamarku, perlu ke ak trima lamaranya???

sebenarnya, jawapannya... RAHSIA... sebabnya, biarlah diri ini dan Allah yang tahu jawapannya, kerana..saat itu belum tiba lagi... dan mungkin diri ini, belum bersedia menerima sebrang lamaran ... (mungkin juga, jari jemari ku hanya menulis, tapi di hati Allah shj yg tahu)...

ini hanya pendapat dr diriku, andai kata kamu menerima sebarang lamaran yang kamu pasti dirinya baik untuk kamu, kamu trimalah.. apa yg dimaksudkan disini, andai lamaran itu dtg trus kepada diri sndiri, bukan ke ibu ayah kita. fikirkan dahulu sebelum buat keputusan. mungkin telah smpai jodoh kita dgn nya.. minta petunjuk dr Allah, agar dibukakan hati. tapi, andai tidak terbuka hati lagi, mungkin dia bukan milik kita.

kadang-kadang juga, lamaran itu dtg dr sesorang yg kita kenal. atau sesorang yg mmg kita ada menaruh hati padanya, mungkin kita tidak akan berfikir pjg tentang itu, dan trus menrima lamaran itu..??? sebenarnya ini adalah persoalan yang dtg dr diri ini sndiri...

""perluke ak trima dirinya..???aku suka dia..dah lama taruh hati dgn dia, bak kata org, Pucuk Dicita , Ulam Mendatang..akhirnya benda yg ditunggu dh tiba..takkan nak tolak.. ??? rugi nanti kalau tolak.. bukan sng dia nk melamar ak. walaupun DULUUUUU... dia pernah tolak ak?? ""

PERLU ATAU TIDAK MENERIMANYA?????

kalaulah diri sndiri, time tu, tgh kemaruk dgn org tu, mestilah, tanpa berfikir pjg, kita trima je dia.. tapi.. bg ak?? betul atau tidak tindakan ku menerima lamaran nya itu???

persoalan yang ak ingin sekali mencari jawapannya. seseorang yg dalam keliru.. tidak tahu, apa yg perlu dilakukan.. mungkin andai ini, terjadi, ku serahkan pada Allah...

andai Allah telah berikan petunjuk..mungkin itulah takdirnya...

Lamaran ditrima: pastinya kedua2 pihak akan gembira, dan menunggu hari2 bahagia...

TETAPI

Lamaran TIDAK ditrima: kita sendiri rasa payah untuk lafazkan pd dia. bagaimana susunan ayat yg perlu disusun untuk memberi ayat yg paling baik untuk menolak lamaranya... dan sanggupkah kita sendiri menrima kesedihan itu????

suatu perkara yang selalu bermain dalam fikiranku.........

Merapu sahaja....

Harini, jumaat, ak rasa relax n tenang seketika. for 2 days, ak rasa sakit kepala yang teramat sangat, tapi sebabkan paperwork yg perlu diselesaikan ak cuba gak untuk selesaikan semampu nya, sebab ak mmg tak dpt nak fikirkan lagi.

dengan keadaan yg sakit kepala, dan sakit badan ( akibat duduk yg terlalu lama).. ak cuba gak siapkan kerja ku, dan alhamdulillah, selesai, satu perkara, dan minggu depan akan mula perkara baru pula.

tapi, dlm keadaan ku yang sakit tu, satu benda yg tak dpt ak elakkan adalah, main badminton. sebab ak rasa ak perlu bersukan, keluarkan peluh, walau mcmana keadaan ku sekalipun, ak akan tetap trun untuk main badminton. alhamdulillah, time main badminton, kepala ku taklah trase sakit sgt. sekurangnya dpt gak ak keluarkan peluh, tenangkan fikiran seketika.

dan sejak 2-3 hari lalu, ak sgt susah untuk tido mlm. paling awal ak tido pukul 2-3 pg. tak tahu kenapa, mungkin terlalu rungsing fikirkan kerja yg perlu dibereskan. sedangkan time tido ak, pukul 1.tapi, ak tetap bangun seperti biasa.. hope mlm ni, ak mampu tido seperti biasa.

ak tulis entry ini, dengan keadaan, apa shj benda yg keluar dr fikiran ku saat ini.........

Monday, October 12, 2009

Hanya Kawan

Aku selalu kata,
Kita hanya kawan,
Kalau kamu gembira,
aku pun gembira.
Kalau kamu sedih,
aku pun akan turut sedih.
malah air mataku melebihi kamu
Kerana kamu kawan aku.

Aku selalu kata,
kita hanya kawan.
Kamu suka borak dengan aku.
terima kasih kamu ucapkan
kerana aku sudi menjadi peneman kamu.
kerana kamu rasa, aku kawan baik kamu
Tapi, diriku selalu ingat,
Kita hanya kawan.

Aku selalu kata ,
kita hanya kawan.
walau apa jadi pada kamu,
kamu mesti cari aku.
kamu luahkan segalanya pada aku
dan aku menjadi pendengar setia kamu
kerana kamu tahu,
hanya aku kawan kamu..

Kerana kamu kawan aku
aku suka melihat kamu ketawa
dan tersenyum riang.
kerana saat itu, aku tahu.
diri kamu gembira,
dan tidak bersedih lagi.

kerana kita kawanlah..
Kita sentiasa bersama,
walaupun tidak akan selamanya.

Dengan itu,
aku ingin kamu tahu.
yang aku tidak akan pernah sakitkan hati kamu.
dan aku akan tetap setia menemani kamu........
kerana ...
aku tidak pernah anggap kamu
hanya sebagai seorang kawan.
kamu segala-galanya dalam hidup aku.
walaupun aku HANYA KAWAN kamu..

~HUDA~

"Selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama tuhan masih mengizinkan
aku ingin selalu menjaga kamu"

Sunday, October 4, 2009

Selamat Hari Raya

Aih..dh berminggu-minggu tak berupdate.. rasenye belum terlambat nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA to all my frens... boleh dikatakan agak bz walaupun nmpak mcm tak bz...raya yg mmg sakan smpai kerje time cuti mmg tak bersentuh langsung.. beraya dari KL-Perak-Kedah-Penang-Perak-KL...

byk yg nak ceriter kan tapi, takde mood nk mengarang disebabkan kije yg tak siap.. bile lah nk siap semua kerje ni, tensen pun dh ade dh ni, takde sesape nk support ke???bg semangat ckit.. my family mmg sah2 bg semangat setiap hri, itu yg buat masih bertahan smapi skrang ni...

insyaAllah, akan dtg entry bru, tapi,..tak tahulah bile..tgk mood jugak..

susah jugak nak menghadapi hidup ni sekrang ni... kadang2 terasa sendirian disini tanpa teman perjuangan sedangkan mereka ramai je "disana".. they look like me is in invisible.. biarlah..

Wednesday, September 9, 2009

Mari Memburu LAILATUL QADAR

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulama' r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


source: Al-Azim

10 Days To Go...

harini 19 Ramadhan 1430 bersamaan dengan 9 Sept 2009, hanya tinggal lebih kurang 10 hari lagi untuk kita berada di bulan ramadhan ini. puaskah kita dengan segala amalan kita selama kita berada di bula yg mulia ini????

CARILAH LAILATUL QADAR

Aktiviti dari sehari ke sehari, agak kelam kabut, tapi, ak tak terasa tekanan yg terlampau, mungkin jugak kerana di bulan yg mulia ni, ak lebih rasa tenang. berpuasa, berbuka bersama teman-teman. ak disini masih sibuk menyiapkan kertas kerja serta mempelajari satu software yg ak tak pernah pun belajar, sekarang ni ak terpaksa belajar dengan sendiri..duggan bg ku..boleh ke ak siapkan sebelum balik beraya.

tinggal lagi 5-6 hari lagi untuk ak pulang ke "kampung" halaman ku di Gombak. KL. Kg di pinggir bandar. menantikan saat bergembira berbuka puasa bersama keluarga..ya, ak amat menantikan saat itu..bersama "anak-anak" ku seramai 4 org itu, sudah pasti gamat suasana. baru 4 orang, belum lgi bertambah..itu pun sudah kecoh satu rumah.

kini lagu raya sudah kedengaran di corong-corong radio, ada plak yang menjadikan sebagai caller ringtone dan sebagainya.. lagu kegemaran ku... Aman Shah-Kepulangan Yg Dinanti, Sudirman- Selamat Hari Raya, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Balik Kampung..itulah lagu2 yang menjadi kegemaran ku ini. lagu-lagu moden belum lagi dapat menandingi lagu-lagu retro seperti mereka ini.

alhamdulillah, selama ak berpuasa, ini, ak sihat walafiat cuma kadang-kala ak pening kepala mungkin disebabkan keadaan cuaca bilik belajar yg sejuk, tapi di luar panas sekali. dan pada ramadhan kedua, selepas sahaja berbuka, ak pening kepala yg tersangat dan ak pitam sendirian di bilik, dan apabila sedar, sudah pukul 11pm..alhamdulillah, itu sahaja yg ku alami..mungkin ak kekurangan air. sebab selalunye ak hanya berpuasa isnin khamis, jarang sekali ak berpuasa berturut-turut. kini ak sihat dan masih berpuasa penuh...

alhamdulillah jugak, Ramadhan kali ni, bg ku, Ramadhan yg terbaik. kerana sebelum-sebelum ni, ada sahaja yg berlaku. itu semua kenangan silam bg ku. sudah ku biarkan dibelakang, kerana ak ingin terus melangkah kehadapan, kerana byk perkara menantiku dihadapan...

itu sahaja buat masa ni, dengan keadaan thesis ku, yang tidak kemana setakat ni, ak akan cuba juga tetap "on track". ak berdoa segalanya lancar.. Ameen...

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA YANG MASIH BERBAKI INI
PENUHI DENGAN IBADAT KEPADA ALLAH CARILAH LAILATULQADAR...




Monday, August 31, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan...
Justify Full
Sudah 10 hari kita semua berpuasa, hanye tinggal 3 minggu shaja lagi untuk kita melalui bulan yg mulia ini..sudah puas kah kita melalui bulan yg mulia ini..sempurnakah puasa kita??segala amalan kita hanya dinilai oleh Allah yg Esa..

sepanjang 10 hari berpuasa, alhamdulillah, ak hadapi dengan perasaan yang tenang walaupun agak kelam kabut dan stress dengan projek thesis ku, tapi..ku cuba hadapi dengan tenang, dan kadang2 buat seperti tidak sibuk sedangkan semua sahabat ku, betul2 struggle sepanjang bulan puasa ni...

sepanjang ramdahan ini, aku hanya berbuka bersama teman, tidak sempat untuk pulang, berpuasa bersama family, tapi insyaAllah, di hujung ramdhan, harap-harap sempatlah ak berbuka, masak memsak bersama keluarga..

saat yg paling gembira dlm hidupku apabila saat untuk berbuka, saat ketika menyediakan makanan untuk berbuka..kalau dahulu dizaman undergrad, bersama teman-teman serumah, ada sahaja yg ingin kami masakkan..Nasi Ayam, Mee Bandung, Mee Kari, Soto, dan setiap hari mmg bertukar-tukar menu di bulan puasa..walaupun kesibukan dengan belajar, namun bile time nak berbuka,masing2 sibuk di dapur..indahnye saat dahulu..Rindukan teman-teman serumah dulu..kemudian, solat terawih berjemaah di masjid UDM, 23 rakaat..kemudian balik singgah di kedai membeli aiskrim..kononnye..mengidam time siang..kemudian, mengajak kawan2 dr rumah lain, dtg ke rumah, smbil moreh beramai2..seronook dan indahnye rase time tu...

semestinya ak pun, byk mkn..hehe..sebab tu dulu, ak tak macam sekrang..yerlah, masak untuk berbuka bukan main sedap..setiap menu, pasti ade "pencuci mulut"nye..bubur, kuih-muih, ade yg dimasak sndiri, ade yg dibeli...

tapi tu semua dulu, sekrang ni, semua ade kerjaya masing-masing..ak masih disini, meneruskan pengajian ku.. makan pun kadang2 tak lalu..sbb housemate ku kali ni, semua kne makan nasi.. ak pun terpaksa memaksakan diri untuk mkn nasi, walaupun, ckuplah sekadar 1 senduk sekalipun.. nanti kate apelak housemate ku, coz..diorg pun masak, bukan calang-calangnye lauk..mcm2 diorg masak..ikan bakar, Rebung masak lemak, Ikan keli masak lemak cili api, nasi lemak, alahai..tapi, ak tetap, makan mcm biase je..

itulah keadaan ku sepanjang bulan puasa ni, oh ya, sebab kan ak tak balik KL dh 2 bulan lbih seblum puasa lagi, jadi, mama telah kirimkan segalanye dr KL, mcamlah ak ni duk kat perantauan yang susah nak cari barang-barang makan. tapi, itulah org kate, Sayang MAMA kepada diriku, anak perempuan yg selalu berjauhan dr keluarga sejak ak menamatkan persekolahan ku dr tahun 2002. Rindu pd keluarga setiap kali berpuasa, mmglah sgt terasa, tapi, demi impian diriku , impian keluarga, ak sanggup hadapi dengan tabah..

apa yang mama kirimkan untukku, semua untuk buat makan sahur. fitness cornflake n susu kotak serta serunding ikan serta daging..Alhamdulillah, rezeki dr Allah untuk diriku.. duduk berjauhan pun,masih ade makanan untuk di makan... dr mereka yg tidak punye makanan langsung untuk bersahur... ak masih bersyukur.. tak lupe jugak, mama kirimkan padaku mask, untuk hindari takut ak kene jangkitan H1N1, yg semakin buruk ini. I LOVE U ,MAMA..


Biskut IKO,Serunding ikan+daging,Biskut OAT,
Susu Kotak, Rempah Brahim Masak Merah, Cornflakes.

Alhamdulillah, sudah 10 hari berpuasa, dan masih ade 15 hari lagi sebelum ak pulang berpuasa serta menyambut puasa bersama keluarga. tidak sabar menanti untuk masak memasak bersama mama. i really miss it..

tapi, sebelum pulang, banyak yg perlu ak selesaikan tugas ku, projek thesis ku dan segala macam kerja ku..semoga Allah permudahkan urusan dan lapangkan jiwa ku, untuk hadapinya dengan tenang. berikan semangat padaku untuk ak tempuhi hari-hari yang mendatang ini dengan senyuman seikhlas mungkin. Berkatilah diriku dan semua umat islam di muka bumi ini dengan segala limpah kurnia rahmat MU..Ameen....

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali-Rabbani..Al-fatihah buat Ust Asri




Disaat umat islam menantikan Bulan mulia, Ramadhan Al-mubarak, kita dikejutkan dengan berita PERGI nya seorang insan yang dikenali ramai. Perginya seorang insan yg menjadi ikon bagi industri nasyid, serta menjadi seorang pendakwah, suaranya yg sering kali kita dengar di media-media elektronik. Kelunakan suaranya mengalunkan tasbih kifarah, zikir, ayat-ayat suci, yang sering mengajak kita ingat kepada Allah.

Kini, hanyalah tinggal kenangan, hanya suaranya sahaja yg akan didengari.. Segala nasihat yg diberikan diharapkan akan menjadi panduan kepada kita. mengharapkan akan hadir seorang insan juga sepertinya, yg akan mengikut jejak langkahnya.


“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“. ~UST ASRI



Al-Fatihah buat Ust Asri Rabbani yang telah meninggal dunia di Hospital Pantai pada pukul 11am akibat Sakit jantung.perginya amat mengejut dan menyedihkan bagi penggemar muzik nasyid..Perginya Takkan Kembali lagi...


.

PERGI TAK KEMBALI-RABBANI


video


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


...SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH...AL-FATIHAH.

Takziah untuk keluarga arwah, semoga tenang menghadapi dugaan ini..

Click on the page